Friday, November 6, 2009

Lelaki Acuan Al-Quran.

Lelaki acuan Al-Quran,
Basah lidahnya mengingati Tuhan,
Tunduk pandangannya penuh keserdehanaan,

Lelaki acuan Al-Quran,
Lembut tuturnya dalam ketakwaan,
Quran dan Sunnah jadi panduan,
Akhlak Nabi ikutan,

Lelaki acuan Al-Quran,
Hidup matinya kerana Tuhan,
Syahid dijalanNYa jadi dambaan,

Lelaki acuan Al-Quran,
Jadi teladan sepanjang zaman,
Jadi teman di perjalanan.

Wednesday, November 4, 2009

Selingan untuk final exam..

63 perkataan

Speed test

salam perjuangan buat sahabat2..

musim peperiksaan mungkin semua menghadapi satu masalah yang sama 'tekang'. kenapa dan mengapa terjadi begitu?, balik pada diri sendiri, tepuk dada tanyalah iman.

kebanyakan dari kita biasa mendengar perkara ini:

D.U.I.T(doa,usaha,ikhtiar,tawakal)

adakah doa kita cukup?.
apakah usaha kita 100%?
ikhtiar yang dilakukan sudah settle?.
adakah kita betul-betul meletakkan Allah sebagai tempat bergantung?..

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat, apabila kita berada di jalan Allah, berjuang keranaNya, beramal kerana Allah,ikhlas tanpa mengharapkan balasan, insyaAllah, Allah akan membimbing kita untuk kita laksanakan DUIT tersebut.
Bagaimana caranya untuk melaksana DUIT?..perlulah belajar..InsyaAllah bantuan Allah kepada hambaNya akan tetap tiba..

Allah merakamkan harapan kepada para pejuang agamaNYa dalam surah Muhammad ayat ke 7:

'Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.'

akhir kalam,
permainan di atas sekadar selingan jika ada perasaan 'tekang' semasa final exam ni..

*speed test di atas adalah keputusan sahabat ana...ana dpt 33 je..

pendekarmuslim
penyambung mata rantai perjuangan

Thursday, October 22, 2009

Selamat Ulangtahun ke 62

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-

a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

dipetik dr http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Tuesday, October 6, 2009

KEJAHILAN BERAYA

"meh beraye rumoh cikgu paidah"...sms drp seorang sahabat satu sekolah bukan sefikrah..
"bereh2..jom"..reply ana kpd dye..

Alhamdulillah, hari raye dpt beraye di rumah cikgu, menziarahi seorang guru yang pernah berjasa dan menjadi lilin untuk anak muridnya. Di rumah cikgu faidah(kami senang memanggil cikgu paidah) berkate seorang sahabat yg betol2 membuatkan diri ini terfikir.

"meh g salam ngan cikgu paidah"
"dok boleh"..jawabku ringkas..
"wakpe dok bleh nye, cikgu kang guru kite, bukang org len pong"....

Aidulfitri berasal dr dua perkataan, Aid yg bermaksud hari meraikan kemenangan dan fitri berasal drp fitrah yg bermaksud kembali kpd fitrah. Aidilfitri bermaksud hari kemenangan setelah kita berjaya kembali kpd fitrah. Oleh yang demikian, kita digalakkan utk bermaaf-maafan sesama saudara Islam dan bukan Islam agar terampun segala dosa yang berkaitan dgn manusia. Setelah sebulan beribadat dan berusaha mencari keampunan Allah S.W.T, di hari raye kita diminta utk mencari keampuan ibubapa, keluarga, sahabat dan semua manusia. Walaubagaimanapun, bolehkah dikatakan meminta maaf sesama manusia dgn melakukan dosa kpd Allah S.W.T?.

Ini kerana bila tiba hari raya, kite disogokkan utk bersalaman antara satu sama lain bagi bermaafan tanpa mengambil kira mahram ataupun tidak. Contoh yang paling nyata adalah apabila pemimpin2 besar negara yg menjadi agen sekularisme di malaysia melakukan rumah terbuka, rakyat tanpa rasa berdosa beratur utk bersalaman tanpa mengira jantina. Mungkin inilah yg dikatakan 1Malaysia. Begitu jahilnya rakyat Malaysia menyambut hari kebesaran Islam. Analoginya mudah, 'matlamat tidak menghalalkan cara'. Apabila kita ingin bermaafan, tidak semestinya kita perlu bersalaman antara yg bukan mahram. Sekadar melafazkan melalui mulut, itu sudah mengcukupi dan memenuhi tuntutan aidulfitri.

Mahram bereti yg diharamkan. Apa yg dimaksudkan diharamkan di sini adalah wanita yg diharamkan utk berkahwin dgn lelaki ataupun sebaliknya. Perkataan ini berbeza dgn 'muhrim' iaitu orang yang berihram dalam ibadat haji.

Mahram terbahagi kpd 2 iaitu:

1. haram muabbad(kekal)-Golongan ini telah disebut secara jelas dalam surah al-Nisa' ayat 22-23. larangan muabbad oleh 3 perkara iaitu pertalian darah, susuan dan muahaharah. Pertalian darah ialah berkaitan nasab iaitu ibu, anak, adik beradik perempuan, ibu saudara anak saudara perempuan bagi lelaki dan sebaliknya. Susuan pula sama dengan golongan pertama tadi iaitu apabila seorang wanita menjadi ibu susuan kpd seorang bayi, maka automatik ibu dan saudaranya menjadi hukumnya seperti golongan pertama. Muahaharah pula adalah mertua, ibu atau ayah tiri, menantu, adik beradik tiri.

2. Haram muaqaat(sementara)-Haram muaqqat tertakluk kepada satu tempoh masa dan keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, maka hukumnya pun berubah. Mereka ialah adik beradik ipar, isteri bapa saudara dan sebaliknya.

Hukum yang berkaitan denagn mahram muabbad adalah boleh bermusafir bersama, boleh bersentuhan dan berjabat tangan, auratnya ialah bahagian antara pusat hingga lutut bagi lelaki manakala aurad wanita ialah sesuatu yang zahir seperti rambut, leher, tangan, kaki dan sebagainya. Haram berkahwin bagi sesama mahram.

Namun bagi mahram muaqqat pula, hukumnya sama seperti 'ajnabi iaitu tidak boleh melihat aurat, haram bersentuhan dan tidak boleh bermusafir bersamanya'. Cuma tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan masih wujud.

"guru sekolah(cikgu paidah) adalah ajnabi bagi seorang murid" tekan ana selepas menerangkan kpd sahabat td perkara di atas.

"ooooo, jd xleh nok bersalaman la ni?" sahabat td buat2 tanya..
"ye"jawab ana ringkas.

"okeh, xpela..esok jom ikut aku beraye ngan awek aku"sahabat td mengajak ana..
"Mu nok ngepong la?"
"ye"jawabnye ringkas..
"pulok doh"

dalam hati ana, kenapelah sabahatku ini sungguh jahil.

Ya Allah, jangan Engkau hukumkan kami atas kejahilan kami...

*ngepong-seorang lelaki membawa wanita membongceng motosikal sambil wanita itu memeluk lelaki tersebut.

Thursday, September 17, 2009

Khusyukkah puasa kita?..


salam eidulfitri..

Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Bagaimanakah kualiti ibadat yang kita amalkan?. Hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya, akan tetapi kita boleh menilainya.

6 perkara yang digariskan oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam kitabnya 'Khusuk dalam solat' berkenaan khusyuk dlm solat dan ianya boleh diadaptasikan ke dalam ibadah lain iaitu:
  1. hudhur al-qalb(hadir hati)-membuang segala yg tiade kene mengene dgn ibadah kita di dalam hati semasa beribadat..
  2. at-tafahhum-berusaha untuk memahami segala perkara yang berkaitan ibadat tersebut.
  3. at-ta'dzim-merasa keagungan Allah dalam ibadat tersebut
  4. al-haibah-merasa gerun dengan keagungan Allah
  5. ar-rajaa/ar-rajak-menaruh harapan secara total agar ibadat diterima Allah.
  6. al-hayya-merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan dlm melaksanakan ibadat tersebut.
InsyaAllah, dgn adanya 6 perkare di ats semasa melaksanakan sesuatu ibadat, ibadat seseorang telah dikira khusyuk..

Adakah solat,puasa dan amalan lain kita mengandungi 6 perkara tersebut?.. Hanya diri sendiri dan Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya..

Syawal yang bakal menjelang diharap mengukuhkan lagi taqwa kite setelah sebulan Allah mentarbiah kite di dlm Ramadhan dan berdoalah agar dipertemukan dgn Ramadhan sekali lagi...

pendekarmuslim-mata rantai perjuangan Islam-

Thursday, August 20, 2009

Satu Muhasabah-pesanan seorang murobbi

Ada di kalangan abnaul jamaah, mengadu keresahan jiwanya, kekacauan hidupnya, masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya, akademik menjadi bebanan, jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Alah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu. .mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...

Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerindua n)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhk an sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

ABI-(ustaz mohd noor omar)

Saturday, June 27, 2009

Mengapa aku dihidupkan di dunia ini?..

1. Untuk aku menyembah Allah..

"Padahal mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar"
(Surah Al-Bayyinah:5)

2. Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi ini..

"Dan Dia lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, kerana Dia untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(surah al-an'am:165)

3. Untuk aku menyeru kebaikan dan membanteras kejahatan.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan mereka yang bersifat demikian, merekalah orang-orang yang berjaya"(Surah Ali Imran:104)

4. Allah tidak jadikan aku sia-sia

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada hikmat pada penciptaan itu?. Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami"(Surah al-Mu'minun:115)

Sunday, June 21, 2009

PAS adalah bahtera yang selamat - Presiden PAS

SHAH ALAM, 7 Jun - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam.

PAS disifatkan demikian kerana parti itu memperjuangkan Islam yang sebenar, tatkala suasana hari ini penuh dengan rasuah, kerosakan akhlak dan masalah ekonomi, katanya.

Kini PAS katanya, sudah diterima pelbagai pihak samda kawan mahupun lawan, samada Islam mahupun bukan Islam.

Dalam ucapan yang sama, beliau menyatakan komitmen bahawa PAS adalah bahtera yang diakui lawan akan kekuatannya, selain akan tetap dengan bahtera tersebut juga.

Beliau turut menjelaskan beberapa isu membabitkan 'tahaluf siyasi' hari ini yang dilakukan PAS dalam mendepani politik nasional.

Penubuhan Kelab Penyokong PAS disentuh selain persefahaman dengan pelbagai pihak dalam isu-isu tertentu ketika adanya krisis tertentu.

Sebelum ini Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat menjadi medan PAS bersepakat dalam kerjasama politik, katanya.

"Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," ujarnya.

Beliau turut menyatakan PAS tidak boleh menutup ruang kepada mana-mana pihak, sebaliknya terbuka untuk menerima semata-mata untuk memberi kebaikan kepada manusia.

Presiden PAS juga menyatakan, muktamar PAS kali ini berjalan baik "walaupun ada keriuhan tetapi tidak ada kekacauan".
Beliau menyeru sidang muktamar meneruskan perjuangan dengan tema muktamar 'Islam Memimpin Perubaha'.

dipetik dr http://presiden.pas.org.my

Saturday, June 20, 2009

..Hilangnya murabbi umat..

Hampir 2 bulan blog ana tidak diupdate kerana kepayahan untuk mendapatkan kemudahan internet di kampung. setelah kembali ke bumi Hang Tuah,akhirnya dpt juge meupdatekan sedikit artikel. Banyak isu2 besar yg berlaku di dalam mase 2 bulan kebelakangan ini. Isu2 seperti Palestin yg masih lagi menunggu kebangkitan umat Islam seluruh Dunia, isu selatan Thai dimane umat Islam dibunuh dengan kejamnya, politik Malaysia yg dicemari oleh tangan2 kotor BN, pilihanraya manek urai dan tidak dilupakan juga isu H1N1 yang langsung tidak dikaitkan dengan kemurkaan Allah dan perbagai lagi isu2. Lupakan sejenak akan isu2 ini dan marilah kite sedekahkan Al-fatihah kpd murabbi umat Syeikh Fathi yakan yang telah pulang kerahmatullah.

Apabila Rasullulah S.A.W. mengumpul para sahabt bagi mencari kekuatan semasa mula-mula menapakkan dakwah beliau dikota mekah,rumah sahabat bernama Al-arqam bin abi arqam menjadi pilihan mereka mengikat ukhuwah dan berbincang mengenal islam.Proses kesinambungan perjuangan melalui usrah dan kefahaman yang diterapkan oleh nabi kepada sahabat baginda terus mengalir dari zaman ke zaman dengan pesanan dari nabi bahawa ulamak akan mewarisi proses dakwah ini,bagi menyelamatkan umat keseluruhanya.

KEHILANGAN BESAR

f_yakan

Justeru apabila murabbi umat Syeikh Fathi yakan yang pulang kerahmatullah pada subuh 13 jun 2009 yang lalu linangan airmata umat serta getaran jiwa seluruh manusia yang meniti jalan dakawah mengiringi pemergian ini. Bertapa sumbangan yang dicurahkan oleh ulama besar ini bagi membawa umat keseluruhanya untuk memahami islam dan beramal dengannya pasti sesuatu yang menjadi kenangan buat seluruh pelusuk masyarakat. Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama mamanjatkan doa dan sekalungan fatihah buat murabbi ini,semoga jiwa,pengorbanan dan setiap titik usaha yang dicurahkan beliau terus diselusuri oleh umat sepanjang zaman. Kehilangan yang pasti tidak ada gantinya sepertimana yang telah dipesan oleh Rasullulah S.A.W:

cabutilmu

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Dengan sumbagan ilmu yang dicurahkan kejalan dakwah ini,janganlah disepikan dan jangalah dipinggirkan.

Atau nanti binasalah umat ini tanpa bimbingan, tanpa panduan, tanpa da’ie dan tanpa dakwah, yang semua itu menjadikan kita, umat terbaik dalam sejarah manusia ini.

Monday, April 20, 2009

!!..jom bace doa..!!



bicara doa oleh ulamak kite..tuan guru hj hadi awang..doa-doa yang bagus untuk kesihatan rohani kite..meh pakat2 bace..moge kehidupan kite seharian sentiasa berlandaskan Islam...

Monday, April 13, 2009

!!..keluarga baru..!!

Tanggal 12.04.2009 bersamaan 16 rabiulakhir 1430 adalah tarikh yang sangat bermakna buat diri ana yang daif ini. Tarikh dimana ana diamanahkan oleh seorang abang seperjuangan di wakafan untuk mengambil alih usrah beliau. Walaupun rase diri tidak layak untuk menggantikan abang ana yang mantop dan tidak mampu untuk menjadi seorang naqib tetapi amanah yang berat ini perlu dipikul demi sebuah perjuangan. Rasa seperti tidak percaye krn telah mendapat 6 org anak usrah kerana selame ini hanye mengikut usrah. Moga Allah S.W.T memberikan kekuatan kpd ana untuk menjadi seorang naqib seperti 4 naqib ana.

Sunday, April 12, 2009

!!..fiqh harakah..!!

salam..

di dalam skop tajuk fiqh harakah, terdapat 3 jenis amal yang saling melengkapi iaitu amal fardhi, amal ijtimae dan amal jamie. Ana rase belum masenye kite berkata tentang amal ijtimae dan amal jamie tanpa kite mengulas tentang amal fardhi. Amal fardi adalah yang berkaitan amalan individu, ia merangkumi segala aspek ibadah sama ada ibadah umum dan khusus.

Di sini ana selitkankan contoh2 amal fardi yang mudah dilaksanakan dlm amalan seharian.

>Amalan asasi dan Amalan harian
  1. jaga solat jemaah
  2. solat sunat Dhuha
  3. bacaan Al-Quran setiap hari
  4. Al-mathurat
  5. istighfar dan selawat sekadar termampu
  6. Qiamullail(1 X seminggu)
  7. Puasa sunat isnin khamis
  8. berzikir dan berfikir kebesaran Allah.
>jauhi dosa kerana ianya
  1. mengundang murka dan bala dr NYA
  2. dakwah sukar diterima
  3. hati menjadi keras
  4. melambatkan rezeki
insyaAllah, jika kita istiqomah walaupun sedikit, itu yang lebih disukai oleh Allah S.W.T. Bab kate ust dlm radio hot fm, renung2kan dan selamat beramal..

Friday, April 10, 2009

!!..Al-ilmu nafiq..!!

Salam perjuangan buat yang melayari blog ana.

Disini ana selitkan sedikit tentang al-ilmu nafiq atau dlm bahasa melayunya ilmu yg bermanfaat yang dipetik dr kitab Bidayatul Hidayah yg dikarang oleh Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.:
  1. Ilmu yang menambah rasa takut dan ketakwaan kpd Allah S.W.T.
  2. Ilmu yang menambah mata hati dengan keaiban diri sendiri yakni semakin banyak ilmu, semakin terasa kekurangan diri.
  3. Ilmu yang menambah rasa cinta dalam hati dan mengurangkan cinta kpd dunia
  4. Ilmu yang membuka mata hati dengan kerosakan amalan yakni salah niat.
  5. Ilmu yang akan membuka pandangan kita tentang bagaimana syaitan merosakkan kita.
Buah kpd ilmu adalah hidayah, manakala buat kpd hidayah adalan amalan yang baik.

Thursday, April 9, 2009

!!..BANGUN MALAM..!!

kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai bangun malam."Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”.
Kalau tidak mampu untuk buat tahajut tiap-tiap malam, biarlah seminggu sekali ataupun sebulan sekali ataupun setahun sekali. Paling tidak pun biarlah seumur sekali, jika tidak pernah buat, maka sia-sialah hidup orang tersebut..

Renungilah kata-kata ini:

"individu yang cemerlang adalah individu yang mengamalkan Islam secara total"

same-same kita tingkatkan amal fardi, ijtima'e dan jami'e kita..

Wednesday, April 1, 2009

!..mencari cinta hakiki..!


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. ...

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya. ...

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya. ...

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana ALLAH !