Thursday, October 7, 2010

ijtima' tarbawi pemuda pas pusat

satu point menarik nak kongsi dari ustaz nik zawawi dalam forum tarbawi....

katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita �akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini

point dari dato' bentara setia tuan guru haji nik abdul aziz nik mat

ambe meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu
1. baca quran setiap hari�
2. qiamulaill
3. solat dhuha


point dari ustaz yahya othman, murabbi pas pusat

tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya
pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi

pemuda hendaklah
1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat
2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah

pesanan kepada pemuda�
1. mesti berilmu
2. mesti mengamalkan ilmu
3. bercakap benar
4. bermaaf-maafan
5. baca quran

jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat (amanat terakhir ustaz yahya othman)


point dari ustaz nasharuddin mat isa , timbalan presiden pas

kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas

pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!

kunci beramal dengan quran
1) membaca al-quran
2) melihat terjemah al-quran
3) melihat tafsir quran
4) beramal dengan al-Quran
5) istiqamah dengan Al-Quran


Khalid Mesyal (hamas, palestin) kata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli PAS!

point dari ustaz nasrudin hasan at-tantawi, ketua pemuda pas pusat

berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu
2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas
3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas

tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi �(aqidah)

point dari ustaz ahmad yahya, ketua pemuda pas kedah

tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi

rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang

soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?
jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....

point dari ustaz zulkifli ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda pas hendaklah menguasai�

1.fiqh marhali
2. fiqh aulawiyay
3. takzim al waqt (memuliakan waktu)
4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan

point dari ustazah nuridah salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas

point dari tuan guru dato seri hj hadi, presiden pas

abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya �dan pergi ke medan jihad

berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan

wallahua'lam(dipetik drp seorang sahabat)

No comments:

Post a Comment