Friday, November 6, 2009

Lelaki Acuan Al-Quran.

Lelaki acuan Al-Quran,
Basah lidahnya mengingati Tuhan,
Tunduk pandangannya penuh keserdehanaan,

Lelaki acuan Al-Quran,
Lembut tuturnya dalam ketakwaan,
Quran dan Sunnah jadi panduan,
Akhlak Nabi ikutan,

Lelaki acuan Al-Quran,
Hidup matinya kerana Tuhan,
Syahid dijalanNYa jadi dambaan,

Lelaki acuan Al-Quran,
Jadi teladan sepanjang zaman,
Jadi teman di perjalanan.

Wednesday, November 4, 2009

Selingan untuk final exam..

63 perkataan

Speed test

salam perjuangan buat sahabat2..

musim peperiksaan mungkin semua menghadapi satu masalah yang sama 'tekang'. kenapa dan mengapa terjadi begitu?, balik pada diri sendiri, tepuk dada tanyalah iman.

kebanyakan dari kita biasa mendengar perkara ini:

D.U.I.T(doa,usaha,ikhtiar,tawakal)

adakah doa kita cukup?.
apakah usaha kita 100%?
ikhtiar yang dilakukan sudah settle?.
adakah kita betul-betul meletakkan Allah sebagai tempat bergantung?..

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat, apabila kita berada di jalan Allah, berjuang keranaNya, beramal kerana Allah,ikhlas tanpa mengharapkan balasan, insyaAllah, Allah akan membimbing kita untuk kita laksanakan DUIT tersebut.
Bagaimana caranya untuk melaksana DUIT?..perlulah belajar..InsyaAllah bantuan Allah kepada hambaNya akan tetap tiba..

Allah merakamkan harapan kepada para pejuang agamaNYa dalam surah Muhammad ayat ke 7:

'Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.'

akhir kalam,
permainan di atas sekadar selingan jika ada perasaan 'tekang' semasa final exam ni..

*speed test di atas adalah keputusan sahabat ana...ana dpt 33 je..

pendekarmuslim
penyambung mata rantai perjuangan

Thursday, October 22, 2009

Selamat Ulangtahun ke 62

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-

a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

dipetik dr http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Tuesday, October 6, 2009

KEJAHILAN BERAYA

"meh beraye rumoh cikgu paidah"...sms drp seorang sahabat satu sekolah bukan sefikrah..
"bereh2..jom"..reply ana kpd dye..

Alhamdulillah, hari raye dpt beraye di rumah cikgu, menziarahi seorang guru yang pernah berjasa dan menjadi lilin untuk anak muridnya. Di rumah cikgu faidah(kami senang memanggil cikgu paidah) berkate seorang sahabat yg betol2 membuatkan diri ini terfikir.

"meh g salam ngan cikgu paidah"
"dok boleh"..jawabku ringkas..
"wakpe dok bleh nye, cikgu kang guru kite, bukang org len pong"....

Aidulfitri berasal dr dua perkataan, Aid yg bermaksud hari meraikan kemenangan dan fitri berasal drp fitrah yg bermaksud kembali kpd fitrah. Aidilfitri bermaksud hari kemenangan setelah kita berjaya kembali kpd fitrah. Oleh yang demikian, kita digalakkan utk bermaaf-maafan sesama saudara Islam dan bukan Islam agar terampun segala dosa yang berkaitan dgn manusia. Setelah sebulan beribadat dan berusaha mencari keampunan Allah S.W.T, di hari raye kita diminta utk mencari keampuan ibubapa, keluarga, sahabat dan semua manusia. Walaubagaimanapun, bolehkah dikatakan meminta maaf sesama manusia dgn melakukan dosa kpd Allah S.W.T?.

Ini kerana bila tiba hari raya, kite disogokkan utk bersalaman antara satu sama lain bagi bermaafan tanpa mengambil kira mahram ataupun tidak. Contoh yang paling nyata adalah apabila pemimpin2 besar negara yg menjadi agen sekularisme di malaysia melakukan rumah terbuka, rakyat tanpa rasa berdosa beratur utk bersalaman tanpa mengira jantina. Mungkin inilah yg dikatakan 1Malaysia. Begitu jahilnya rakyat Malaysia menyambut hari kebesaran Islam. Analoginya mudah, 'matlamat tidak menghalalkan cara'. Apabila kita ingin bermaafan, tidak semestinya kita perlu bersalaman antara yg bukan mahram. Sekadar melafazkan melalui mulut, itu sudah mengcukupi dan memenuhi tuntutan aidulfitri.

Mahram bereti yg diharamkan. Apa yg dimaksudkan diharamkan di sini adalah wanita yg diharamkan utk berkahwin dgn lelaki ataupun sebaliknya. Perkataan ini berbeza dgn 'muhrim' iaitu orang yang berihram dalam ibadat haji.

Mahram terbahagi kpd 2 iaitu:

1. haram muabbad(kekal)-Golongan ini telah disebut secara jelas dalam surah al-Nisa' ayat 22-23. larangan muabbad oleh 3 perkara iaitu pertalian darah, susuan dan muahaharah. Pertalian darah ialah berkaitan nasab iaitu ibu, anak, adik beradik perempuan, ibu saudara anak saudara perempuan bagi lelaki dan sebaliknya. Susuan pula sama dengan golongan pertama tadi iaitu apabila seorang wanita menjadi ibu susuan kpd seorang bayi, maka automatik ibu dan saudaranya menjadi hukumnya seperti golongan pertama. Muahaharah pula adalah mertua, ibu atau ayah tiri, menantu, adik beradik tiri.

2. Haram muaqaat(sementara)-Haram muaqqat tertakluk kepada satu tempoh masa dan keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, maka hukumnya pun berubah. Mereka ialah adik beradik ipar, isteri bapa saudara dan sebaliknya.

Hukum yang berkaitan denagn mahram muabbad adalah boleh bermusafir bersama, boleh bersentuhan dan berjabat tangan, auratnya ialah bahagian antara pusat hingga lutut bagi lelaki manakala aurad wanita ialah sesuatu yang zahir seperti rambut, leher, tangan, kaki dan sebagainya. Haram berkahwin bagi sesama mahram.

Namun bagi mahram muaqqat pula, hukumnya sama seperti 'ajnabi iaitu tidak boleh melihat aurat, haram bersentuhan dan tidak boleh bermusafir bersamanya'. Cuma tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan masih wujud.

"guru sekolah(cikgu paidah) adalah ajnabi bagi seorang murid" tekan ana selepas menerangkan kpd sahabat td perkara di atas.

"ooooo, jd xleh nok bersalaman la ni?" sahabat td buat2 tanya..
"ye"jawab ana ringkas.

"okeh, xpela..esok jom ikut aku beraye ngan awek aku"sahabat td mengajak ana..
"Mu nok ngepong la?"
"ye"jawabnye ringkas..
"pulok doh"

dalam hati ana, kenapelah sabahatku ini sungguh jahil.

Ya Allah, jangan Engkau hukumkan kami atas kejahilan kami...

*ngepong-seorang lelaki membawa wanita membongceng motosikal sambil wanita itu memeluk lelaki tersebut.

Thursday, September 17, 2009

Khusyukkah puasa kita?..


salam eidulfitri..

Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Bagaimanakah kualiti ibadat yang kita amalkan?. Hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya, akan tetapi kita boleh menilainya.

6 perkara yang digariskan oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam kitabnya 'Khusuk dalam solat' berkenaan khusyuk dlm solat dan ianya boleh diadaptasikan ke dalam ibadah lain iaitu:
  1. hudhur al-qalb(hadir hati)-membuang segala yg tiade kene mengene dgn ibadah kita di dalam hati semasa beribadat..
  2. at-tafahhum-berusaha untuk memahami segala perkara yang berkaitan ibadat tersebut.
  3. at-ta'dzim-merasa keagungan Allah dalam ibadat tersebut
  4. al-haibah-merasa gerun dengan keagungan Allah
  5. ar-rajaa/ar-rajak-menaruh harapan secara total agar ibadat diterima Allah.
  6. al-hayya-merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan dlm melaksanakan ibadat tersebut.
InsyaAllah, dgn adanya 6 perkare di ats semasa melaksanakan sesuatu ibadat, ibadat seseorang telah dikira khusyuk..

Adakah solat,puasa dan amalan lain kita mengandungi 6 perkara tersebut?.. Hanya diri sendiri dan Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya..

Syawal yang bakal menjelang diharap mengukuhkan lagi taqwa kite setelah sebulan Allah mentarbiah kite di dlm Ramadhan dan berdoalah agar dipertemukan dgn Ramadhan sekali lagi...

pendekarmuslim-mata rantai perjuangan Islam-